Khas Panduan Perkahwinan Anda 2015 – Tak Kenal Maka Tak Cinta

Salam Bakal-bakal Pengantin,

Kenapa perlu kita satu komunikasi yang hebat & efektif dalam perhubungan antara 2 pihak? Jangkamasa perhubungan kadangkala mencapai bertahun-tahun tanpa kita sedari kelebihan dan kekurangan dalam perhubungan itu. Disyorkan agar bakal pengantin dapat memahami keadaan sebelum menempuh alam berumahtangga.

Tak Kenal Maka Tak Cinta Promo

Cuba anda berdua baca Ebook ini.  “ Tak Kenal Maka Tak Cinta  adalah merupakan sebuah ebook ilustrasi yang memberikan “Panduan & Tips di dalam berkomunikasi dan membina hubungan mesra sesama insan”.

Juga komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak. Tidak kira sama ada komunikasi antara isteri & suami, ibu-bapa & anak-anak, guru & murid-murid, bos & pekerja, mahupun dengan rakan-rakan serta jiran-jiran… semuanya ada dikupaskan di dalam ebook ini.

Semoga anda berdua berjaya memahami dan membina hubungan yang bahagia.

Tip 11 * Panduan Perkahwinan Anda – ” Bagaimana Mengendalikan Kenduri Perkahwinan Tanpa Memeningkan!! “

CATERING KAHWIN

BAGAIMANA MENGENDALIKAN KENDURI PERKAHWINAN TANPA MEMENINGKAN!! 

Di dalam era yang serba moden ini, mudah untuk kita terlupa tentang perkara-perkara penting dalam hidup kita. Dengan tuntutan harian yang memenatkan, tidak mustahil jika kita sendiri tiada masa untuk merancang hari perkahwinan diri sendiri.

Walau bagaimanapun, kami mendapati ramai pasangan bakal pengantin yang kurang tahu di mana untuk mencari katerer yang berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis perkahwinan, di samping menawarkan harga yang berpatutan. Jadi setelah membuat tinjauan keatas pelanggan-pelanggan kami sendiri, kami dapati mereka telah memilih CATERING KAHWIN kerana mereka :

1.   Selesa bergantung kepada satu pihak yang boleh memenuhi kesemua keperluan untuk majlis perkahwinan mereka, dari awal hingga akhir majlis.

2.   Menghargai pramusaji-pramusaji terlatih kami yang profesional sepanjang majlis berlangsung yang memberikan gambaran imej positif terhadap tuan rumah.

3.   Terutamanya tuan rumah amat berpuas hati dengan kualiti dan rasa makanan kami yang disediakan dengan resepi-resepi tradisional mahupun moden.

4.   Berpendapat bahawa pakej-pakej perkahwinan kami amat berpatutan sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan.

5.   Berasa yakin berurusan dengan caterer yang berpengalaman beberapa tahun dalam menguruskan majlis perkahwinan.

Kami di CATERING KAHWIN faham segala kesulitan anda dalam mencari pihak yang boleh dipercayai untuk menguruskan hari istimewa anda, Oleh itu, ramai bakal pengantin yang datang kepada kami untuk mengendalikan hari perkahwinan mereka dengan mudah.

Kami menawarkan peluang kepada anda untuk menikmati pakej-pakej kami yang menarik, disamping dapat menikmati hadiah dan promosi yang kami tawarkan dengan harga serendah RM9.90 seorang sahaja. Info lanjut di http://www.cateringkahwin.com

Tip 10 * Panduan Perkahwinan – Kenapa Penting Komunikasi Dalam Perkahwinan

Amalkan Sikap Membelai Pasangan

CATERING KAHWIN

Perkahwinan adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa. Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran. Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga. Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga. “Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan. ”Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan.”

Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga. Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan. Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.

CATERING KAHWIN

”Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal. Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak. “Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,” katanya.

Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah. ”Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.

Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain. Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri. Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara. ”Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.

CATERING KAHWIN

”Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.”Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,” katanya. Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan. Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri. Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.

Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain. ”Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,” ujarnya. “Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. “Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. ”Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.

CATERING KAHWIN

”Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,” tambahnya. Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan. ”Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini. ”Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,” akhiri ceramahnya pada hari itu.

Tip 9 * Panduan Perkahwinan Anda – “Kepercayaan Dan Kejujuran Nadi Utama Sesebuah Ikatan”

CATERING KAHWIN

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.

Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.

Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.

CATERING KAHWIN

‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.

‘‘Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman

Kasih Sayang di http://www.cateringkahwin.com

Sajak Catering Kahwin Buat Bakal Isteri Ku…


Catering Kahwin
Bakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutan
mata dan wajahmu
kutatap
harapan yang mekar
impian yang bersinar

Bakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutan
tutur dan tingkahmu
kutatang
kuntum malam yang mewangi
kembang pagi yang berseri

Bakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutan
sentuhan & belaian
kutemui
mutiara cinta suci
permata kasih abadi

Bakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutanmu
kubina kekuatan
untuk membina kebahagiaan
satu ikatan perkahwinan…

Catering Kahwin

 

Nukilan Ikhlas Dari : http://www.cateringkahwin.com

Tip 8 * Panduan Perkahwinan – Kesilapan Kewangan Dalam Perancangan Perkahwinan

Kenapa boleh melakukan kesilapan kewangan dalam perancangan perkahwinan??

Catering Kahwin

Salam Catering Kahwin,

Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah 5 kesilapan utama yang biasa dilakukan oleh kebanyakan bakal pengantin ketika mendidik diri sendiri dan pasangan tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan bakal-bakal pengantin.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli keperluan harian membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan diri sendiri elaun perbelanjaan dan ingatkan untuk membuat pembayaran secara tunai bagi apa-apa barangan yang ingin anda miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan keperluan harian, anda seharusnya bijak membuat pembayaran secara berhemah. Maksudnya ambil langkah-langkah penjimatan.

Tindakan ini boleh mengurangkan anda daripada merungut sekali gus membolehkan anda belajar berjimat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Anda perlu ingat kos perkahwinan melibatkan pembayaran contohnya pihak catering kahwin, pelamin, kad kahwin dan sebagainya.  Menerusi cara ini juga, anda boleh belajar daripada kesilapan perbelanjaan yang kerap dibuat. Dengan membuat pembayaran secara berhemah, anda akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan bakal pasangan tentang isu-isu berkenaan ekonomi negara yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, anda boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada bakal pasangan bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun.

Catering Kahwin

3. Tidak melibatkan bakal pasangan dalam matlamat jangka masa panjang

Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah pakej berbulan madu, beritahu bakal pasangan tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada bakal pasangan bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi bakal pasangan motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada bakal pasangan bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang. Contohnya menabung untuk majlis perkahwinan idaman anda berdua.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar Universiti, Ahmad Nazran pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar.

Jika anda gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, anda lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan diri sendiri berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Anda dan bakal pasangan juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik bakal pasangan agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.

Catering Kahwin

Oleh itu, Catering Kahwin berharap bakal-bakal pengantin dapat mengamalkan 5 tip kewangan ini secara serius supaya kewangan anda stabil untuk jangka masa panjang.

photo (1)

Saksikan Galeri Gambar & Video Majlis Perkahwinan Oleh Catering Kahwin di YouTube            http://www.youtube.com/CateringKahwin

Tip 7 * Panduan Perkahwinan – Rungsing Memikirkan Majlis Perkahwinan Anda Tak Lama Lagi? PERANCANGAN!!

Salam Catering Kahwin Buat Semua,

Runsing memikirkan Majlis Perkahwinan anda??

Nak Kahwin, Ingat Senang Ke??  Banyak Yang Perlu Kita Uruskan!!  Dijamin Lebih 80% Pening Ketika Menguruskan Majlis Perkahwinan Mereka!!

Catering Kahwin

Masalah Utama Adalah Kos & Masa

Kos dan masa untuk sesebuah majlis perkahwinan yang semakin tinggi bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan dan dibuat sambil lewa kerana ianya juga memberi impak kepada semua pihak yang terlibat.

Apa tidaknya, sudah pastinya ibu bapa anda akan turut memberi sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit, masa dan tenaga mereka demi kebahagiaan anak mereka.  Begitu juga dengan adik beradik dan teman rapat anda yang sanggup mengorbankan waktu santai dan cuti mereka untuk membantu anda merealisasikan majlis perkahwinan anda.

Catering Kahwin
Bijak Merancang Adalah Penyelesaiannya,

Tidak  di nafikan merancang sebuah majlis perkahwinan yang meriah adalah sesuatu yang mencabar jika tiada kerjasama dan perancangan yang teliti.  Ianya lebih mencabar jika ianya merupakan majlis perkahwinan pertama yang bakal diadakan dalam keluarga anda.

Dahlah anda baru pertama kali melaluinya, mak ayah pun agak keliru memandangkan pengalaman mereka berkahwin dahulu tidak sama dengan trend dan citarasa masa kini.

Dari itu perancangan yang teliti haruslah dibuat dari awal agar mereka yang terlibat berpuas hati dengan usaha dan tindakan bijak yang di ambil. Bersambung…

 Perancangan Anda Bermula di Sini  http://www.cateringkahwin.com