Tip 8 * Panduan Perkahwinan – Kesilapan Kewangan Dalam Perancangan Perkahwinan

Kenapa boleh melakukan kesilapan kewangan dalam perancangan perkahwinan??

Catering Kahwin

Salam Catering Kahwin,

Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah 5 kesilapan utama yang biasa dilakukan oleh kebanyakan bakal pengantin ketika mendidik diri sendiri dan pasangan tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan bakal-bakal pengantin.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli keperluan harian membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan diri sendiri elaun perbelanjaan dan ingatkan untuk membuat pembayaran secara tunai bagi apa-apa barangan yang ingin anda miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan keperluan harian, anda seharusnya bijak membuat pembayaran secara berhemah. Maksudnya ambil langkah-langkah penjimatan.

Tindakan ini boleh mengurangkan anda daripada merungut sekali gus membolehkan anda belajar berjimat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Anda perlu ingat kos perkahwinan melibatkan pembayaran contohnya pihak catering kahwin, pelamin, kad kahwin dan sebagainya.  Menerusi cara ini juga, anda boleh belajar daripada kesilapan perbelanjaan yang kerap dibuat. Dengan membuat pembayaran secara berhemah, anda akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan bakal pasangan tentang isu-isu berkenaan ekonomi negara yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, anda boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada bakal pasangan bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun.

Catering Kahwin

3. Tidak melibatkan bakal pasangan dalam matlamat jangka masa panjang

Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah pakej berbulan madu, beritahu bakal pasangan tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada bakal pasangan bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi bakal pasangan motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada bakal pasangan bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang. Contohnya menabung untuk majlis perkahwinan idaman anda berdua.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar Universiti, Ahmad Nazran pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar.

Jika anda gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, anda lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan diri sendiri berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Anda dan bakal pasangan juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik bakal pasangan agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.

Catering Kahwin

Oleh itu, Catering Kahwin berharap bakal-bakal pengantin dapat mengamalkan 5 tip kewangan ini secara serius supaya kewangan anda stabil untuk jangka masa panjang.

photo (1)

Saksikan Galeri Gambar & Video Majlis Perkahwinan Oleh Catering Kahwin di YouTube            http://www.youtube.com/CateringKahwin

Be Sociable, Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>