Tip 6 * Panduan Perkahwinan – Perkahwinan Adalah Ibadah

Salam Catering Kahwin,

Catering Kahwin

Perkahwinan adalah perkara yang dituntut. Dalam satu hadith Rasulullah, “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak. Dalam perkahwinan orang muda selalu mencari hiburan. Jika kita lihat pada hari ini rumah tangga dibina bermula dengan persembahan kugiran kadangkala bagaikan mini konsert atau pertandingan karaoke padahal perkahwinan itu ibadah. Untuk merealisasikan lagi ibadah ini, ia pastilah mengikuti sunnah Rasulullah jika tidak ia lebih hampir kepada bidaah.

Masalah ramai yang sukar untuk berkahwin muda adalah mencari modal untuk sesebuah pernikahan. Jika suatu masa dahulu bernikah adalah mudah, hanya perlukan mahar dan sedikit hantaran untuk kenduri catering kahwin. Walaupun ada yang mahal tetapi itu untuk kelas atasan atau sembolik penolakan keluarga perrempuan.

Catering Kahwin

Kini timbul budaya baru dengan mengambil pinjaman daripada pihak bank yang banyak menawarkan pinjaman peribadi. Inilah yang perlu diubah dalam minda masyarakat dan sekiranya ia tidak berubah maka sampai bila pun pasangan pengantin muda akan menghadapi masalah dalam awal usia perkahwinan mereka. Tekanan dan desakan hidup yang tinggi akan menyebabkan mereka tertekan dengan hutang perkahwinan contohnya pihak catering kahwin dan sebagainya.

Sekiranya masyarakat memahami dan memberi sokongan maka mudahkanlah urusan pernikahan. Tidak ada kerugian sekiranya kita memudahkan dan meringkaskan majlis perkahwinan kerana kenangan yang manis itu akan jadi pahit jika kesudahannya menyesakkan. Kenduri dan persiapannya yang menjadi kebangaan kita sebagai masyarakat sepakat suatu masa dahulu perlu di kembalikan dalam majlis perkahwinan.

Catering Kahwin

Benar banyak syarikat Catering Kahwin menawarkan perkhidmatan mereka pada harga yang rendah tetapi kesepakatan dijanjikan oleh kenduri gotong royong adalah lebih menguntungkan. Masyarakat yang bergotong royong ini memberi sokongan moral secara luar sedar pada pasangan yang disatukan. Ini keberkatan yang semakin hilang. Secara telusnya, Catering Kahwin merasakan perkahwinan adalah satu ibadah jika dilaksanakan mengikut syariat Islam, Amin.

Be Sociable, Share!

Tip 5 * Panduan Perkahwinan – Perlukah ‘Check List’ Untuk Majlis Perkahwinan Anda??

Catering Kahwin

Salam Syawal Catering Kahwin,

Tip ini tidak sesuai di ikuti kalau anda adalah Komputer. Di mana semuanya boleh dibuat secara automatik. Sebagai manusia biasa, kerapkali kita terlupa dengan apa yang nak kita lakukan walaupun baru sepuluh minit kita fikirkan. Kadangkala lain yang dirancang lain pula di buat.

Catering Kahwin ingin bertanya, Adakah anda rasakan cukup hanya main ingat-ingat apa yang perlu dilakukan untuk majlis perkahwinan anda??  Pentingnya majlis anda ini kerana ianya melibatkan banyak pihak terutamanya tetamu-tetamu jemputan anda dan keluarga.

Catering Kahwin

Selain itu, perancangan dan perincian majlis perkahwinan anda berdua harus dibincangkan secara teliti supaya segalanya berjalan lancar di hari majlis nanti. Di sini kepentingan Check List amat-amat penting kerana dapat membantu perancangan majlis perkahwinan dengan menulis satu-persatu secara detail apa yang patut di lakukan. Contohnya melibatkan pakej Catering Kahwin, pelamin, adaman dan Kad Kahwin.  Lagi akan menyusul….

Catering Kahwin

 

Bantuan Untuk Majlis Anda Di : http://www.cateringkahwin.com

Be Sociable, Share!

Tip 3 * Panduan Perkahwinan – Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda (Siri 2)

Sambungan Dari Siri 1…

Catering Kahwin

Salam Syawal Catering Kahwin Buat Semua,

Seterusnya, anda berkemungkinan besar tidak dapat mencapai matlamat jangka panjang anda kerana tidak menyimpan kewangan yang cukup. Ingat Majlis perkahwinan anda tinggal beberapa bulan lagi. Simpanan untuk Catering Kahwin harus di utamakan. Apa yang lebih serius sekiranya anda menghidapi sebarang krisis atau kecemasan seperti penyakit, kemalangan atau kehilangan pekerjaan, anda akan menghadapi masalah kewangan yang sangat serius.

Begitu juga jika anda tahu tentang perbelanjaan wang anda, maka anda boleh merancang kewangan dengan lebih ketat jika perlu. Anda juga dapat merancang dengan teliti untuk mencapai gaya hidup yang anda inginkan dan memperuntukan kewangan anda seperti perancangan anda untuk berkahwin, pelaburan, pembelian saham, persaraan atau sambung belajar di universiti. Lebih utama, perancangan kewangan yang melibatkan majlis perkahwinan anda seperti Catering Kahwin dan sebagainya.

Catering Kahwin

Pengurusan kewangan amat penting pada masa ini kerana kesan inflasi akan menyusutkan nilai aset & simpanan tetap anda. Justeru, perancangan perbelanjaan menjadi lebih kritikal bagi kejayaan kewangan kita. Bersambung lagi…

Be Sociable, Share!

Tip 4 * Panduan Perkahwinan – Bajet Lari? Camana Nak Kahwin Ni…

 

Catering Kahwin

Tolong! Catering Kahwin, Bajet Lari!,

Bulan Syawal, Hari Raya datang setahun sekali saja dan sering kali waktu inilah pelbagai perbelanjaan tidak diduga perlu dikeluarkan ataupun sudah dikeluarkan.

Mungkin tewas dengan segala jualan murah, pakaian dan perkakasan rumah ataupun perbelanjaan lebih untuk makanan dan minuman ketika berbuka puasa di luar. Tidak lupa juga kos ekstra yang perlu untuk balik kampung dan memberi duit raya kepada anak buah.

Mungkin selepas raya, terasa sakit sedikit akibat bajet lari. Simpanan untuk Catering Kahwin terpaksa digunakan. Jadi apa perlu dilakukan? 2 perkara yang anda boleh lakukan untuk memperkemaskan kembali bajet, terutamanya bajet Catering Kahwin anda selepas musim perayaan.

Catering Kahwin

1. Mulakan satu kalendar perbelanjaan dan bakl perbelanjaan anda

Apa yang dimaksudkan bukan kalendar poket kecil atau kalendar di telefon pintar dan telefon bimbit anda, tetapi kalendar besar sedikit untuk membolehkan anda menulis dan mencatatkan segala perbelanjaan.

Di internet juga anda boleh muat turun kalendar sebegini yang mempunyai ruang mencukupi untuk catatan perbelanjaan anda setiap hari.

Ia amat penting untuk anda mula menjejak perbelanjaan harian serta menulis lebih awal perbelanjaan harian seperti yang anda keluarkan seperti bayaran bil, rumah, kereta, simpanan tetap, simpanan Catering Kahwin dan seumpamanya untuk bulan akan datang. Apabila menulis setiap transaksi yang akan datang pada kalendar, anda akan nampak dengan lebih jelas bagaimana anda boleh mengawal kewangan anda untuk menampung perbelanjaan yang sudah lari bajet pada musim perayaan.

2.  Mula Kurangkan Perbelanjaan Harian

Ubah rutinanda sekiranya rutin anda memerlukan perbelanjaan yang boleh dielakkan. Daripada keluar menonton wayang bersama tersayang yang memakan kos pengangkutan, makan minum serta bayaran panggung, luangkan masa di rumah sahaja di mana anda boleh menjimatkan berpuluh hingga beratus ringgit sekali keluar.

Sekiranya anda mempunyai keahlian kelab, gimnasium atau apa saja yang boleh dihentikan, maka hentikan buat sementara. Lagipun, sekiranya hendak bersenam, di rumah pun boleh bukan? Kesan perbelanjaan rutin anda yang boleh dikurangkan dan kurangkan untuk sementara waktu sehingga kedudukan kewangan kembali stabil.

Catering Kahwin

Mudah-Mudahan dengan 2 tip Catering Kahwin mudah ini dapat menstabilkan bajet anda kembali untuk bulan yang akan datang kepada mereka yang memerlukan. Nasihat akhir Catering Kahwin Jangan Seperti ‘Pisang Berbuah Dua Kali’. Terima Kasih.

Sila ke Link ini :  http://www.facebook.com/CateringKahwin

Be Sociable, Share!

Petua Cari Duit Catering Kahwin

photo (5)

Salam Ramadan Catering Kahwin Untuk Bakal Pengantin,

Sememangnya perbelanjaan untuk mengadakan majlis perkahwinan semakin lama semakin meningkat.

Ramai orang bujang yang mengeluh apabila melihat semua perbelanjaan yang diperlukan untuk berkahwin. Daripada mas kahwin, Catering Kahwin, sehinggalah ke wang hantaran yang tinggi, di campur pula dengan perbelanjaan kenduri besar termasuk catering kahwin sehingga kepada bayaran tempahan kad kahwin yang lebih kecil, kira punya kira, kebiasaannya boleh mencecah RM15,000 hingga RM20,000.

Siapa yang tidak mengeluh, hendak menyimpan RM1,500 pun masih belum tentu. Itu belum kira wang yang diperlukan ketika berumahtangga yang pastinya meningkat

Jika sebelum ini hanya perlu mengisi perut seorang, apabila sudah berkahwin perlu mengisi sekurang-kurangnya dua perut pula. Tulisan saya kali ini mengandungi 3 konsep kewangan yang amat penting yang saya akan kongsi dalam bentuk nasihat untuk mengumpulkan duit kahwin khas untuk si bujang. Ramai yang mula bekerja pada usia awal 20-an selepas menamatkan pengajian. Ramai juga yang mensasarkan untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah umur 30 tahun.

Ertinya, ada kira-kira tujuh hingga lapan tahun bekerja dan mengumpul wang untuk mencapai sasaran terbabit. Katakan si bujang mempunyai tujuh tahun untuk mengumpul RM 15,000. Dalam tempoh tujuh tahun ada 84 bulan. Ini bererti, untuk mencapai sasaran untuk ke pelamin, perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM178.60 setiap bulan selama tujuh tahun. Barulah selesai masalah pertama iaitu lesen pertama untuk berjumpa mentua untuk masuk meminang. Kita lihat pula apa yang boleh dilakukan oleh si bujang dalam jangka masa tujuh tahun terbabit.  Bersambung…….

photo

 

 

Be Sociable, Share!

Tip 3 * Panduan Perkahwinan – Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda (Siri 1)

photo (3)

Salam Catering Kahwin Untuk Anda,

Sekiranya pada setiap bulan anda mendapati bahawa anda telah berbelanja melebihi daripada yang sepatutnya, atau anda tidak dapat menyimpan sepertimana yang diharapkan, umpamanya untuk Catering Kahwin anda, mungkin ini adalah masa untuk memantau perbelanjaan anda.

Mengawal perbelanjaan merupakan asas untuk kejayaan kewangan. Jika anda tahu dengan jelas bagaimana untuk menbelanjakan wang anda, maka anda mungkin dapat mencapai matlamat jangka pendek anda iaitu membayar segala perbelanjaan asas. Matlamat jangka panjang pula, simpanan untuk majlis perkahwinan anda yang melibatkan Catering Kahwin harus di utamakan. Bersambung….

Be Sociable, Share!